Semai Gotong-Royong Melalui Maidatul Rahman
PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang berkonsepkan penyediaan juadah berbuka puasa secara percuma untuk penduduk sepanjang Ramadan secara tidak langsung telah mewujudkan semangat persefahaman dan gotong royong antara sesama ahli.
Juadah makanan untuk seramai 400 orang disediakan secara bufet di tingkat atas, Medan
Selera Presint 8 Putrajaya selain 450 hidangan untuk diagihkan adalah dimasak secara gotong-royong dan kerjasama yang erat di kalangan ahli-ahli bahagian Putrajaya sendiri.
Apa yang pasti, proses penyediaan makanan dari awal sehinggalah ke peringkat menghidang dan mengagihkan makanan dilakukan sendiri oleh ahli-ahli UMNO bahagian Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.