Berita

Perpustakaan Mini Di Surau Al-Falah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan perputakaan mini di Surau Al-Falah, Presint 9 pada 20 Ogos lalu.

 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa syukur dan bangga kerana proses percambahan ilmu dapat diperluaskan dengan penyediaan perpustakaan mini yang menempatkan buku-buku dan bahan rujukan lain.

 

Beliau turut berharap dengan adanya perputakaan mini tersebut, surau tersebut bukan hanya menjadi tempat untuk menunaikan solat sahaja sebaliknya ia diperluaskan kepada aktiviti yang dapat membentuk permuafakatan dalam masyarakat.