Rencana

Golongan Kurang Berkemampuan Tidak Dilupakan

PUTRAJAYA – Menjelangnya Aidilfitri, golongan yang kurang berkemampuan, fakir dan ibu tunggal tidak dilupakan sebaliknya mereka turut diberi perhatian melalui sumbangan dan bantuan yang diberikan.

Selaras dengan itu, melalui Program Penutupan Maidatul Rahman Dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada orang kurang upaya, ibu tunggal, dan penyakit kronik telah diadakan pada 24 Ogos lalu di Medan Selera Presint 8, Putrajaya  melibatkan pemberian bantuan wang ringgit dan beras.

Bantuan tersebut telah diberikan kepada 100 orang selain sumbangan khas kepada anak-anak murid sekolah orang kurang upaya di Putrajaya.

Sumbangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Ketua UMNO Bhagaian merangkap ahli Parlimen, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut sama mendapat sumbangan ialah kepada petugas-petugas beruniform iaitu  polis, bomba dan kakitangan hospital yang tentunya akan tetap bertugas pada musim perayaan.

lang� e0O �O kepada orang yang membantu.

 

“Kita sendiri perlu proaktif melakukan tugas, memberikan bantuan tanpa ada lompong tertentu dan memastikan lawatan-lawatan dilakukan sebagai keprihatinan kita bukan saja kepada orang susah, golongan fakir, anak yatim dan juga masyarakat yang tidak berkemampuan tetapi kita juga perlua adakan kunjungan ke hospital-hospital bagi mendoakan kesehateraan mereka.”

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Program Penutupan Maidatul Rahman Dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada orang kurang upaya, ibu tunggal, dan penyakit kronik pada 24 Ogos 2011 di Medan Selera Presint 8.

Tambahnya lagi, keyakinan dan keikhlasan dalam menghulurkan bantuan secara tidak langsung telah menunjukkan kepada seluruh masyarakat bahawa kita sentiasa mendukung dan memartabatkan Islam sebagai landasan dalam perjuangan.

Dalam hal ini beliau juga telah memohon kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar  menjadikan peristiwa di Gereja Damansara Utama sebagai satu iktibar yang boleh untuk dimanfaatkan kepada khalayak.

“Saya mohon agar JAWI adakan program-program khusus sama ada di surau-surau atau di masjid-masjid misalnya mengadakan program tiusyen dan 15 minit masa pertama akan diperuntukkan dengan penerangan berkaitan agama Islam dan penekanan-penekanan tertentu.

“Kita salahkan pihal lain atas kelalaian kita sedangkan kita mempunyai sumber kewangan tetapi akibat leka dan tidak agresif maka akan ada yang tercicir sehinggakan mereka dibantu oleh pihak lain yang lebih prihatin.”

Selaras dengan itu, beliau menyeru semua masyarakat beragama Islam untuk sentiasa bersikap prihatin dan mengambil tahu berkaitan apa yang berlaku di sekeliling khususnya kepada sesama saudara bergama Islam.