Berita

Perdana Menteri Hadiri Majlis Rumah Terbuka

PUTRAJAYA – Dalam kesibukan melaksanakan tugas, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa memenuhi jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di Presint 10 pada 10 September lalu.

Ketibaan beliau disambut sendiri oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional/UMNO bersama isteri Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.