Berita

Merakyatkan Seni Budaya Aidilfitri Bersama Pemimpin

PUTRAJAYA -Kekuatan untuk menerapkan seni budaya yang menjadi tunjang kekuatan bangsa didasari untuk memulihara dan mengekalkan warisan negara, di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri dalam masyarakat.

Justeru, majlis Merakyatkan Seni Budaya Aidilfitri Pemimpin Bersama Rakyat 2011 telah dianjurkan pada 24 September di Presint 9, di sini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dengan tetamu kehormat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Haji Mohamad Fatmi Che Salleh.

Turut sama diraikan dalam majlis pemimpin bersama rakyat ini ialah kehadiran seramai 2000 anak-anak Kelantan dari seluruh Putrajaya dan sekitar Wilayah Persekutuan.