Berita

Selamat Menunaikan Ibadah Rukun Islam Kelima

 

PUTRAJAYA – Musim haji tahun 2011 telah bermula dengan para jemaah yang akan mengerjakan haji telah mula melakukan persiapan selain ada diantaranya yang telah pun berangkat ke tanah subi Mekah.

Selaras dengan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat berangkat kepada para jemaah khususnya para pengundi di sekitar Putrajaya dan semoga beroleh haji yang mabrur.

Bukan itu saja, beliau juga turut meluangkan masa untuk bersama-sama dalam masjlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan oleh keluarga Zainal Pandak dan isterinya yang akan mengejakan haji musim tersebut.

Majlis yang turut dihadiri oleh Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki berlangsung di Blok 4A, Presint 9.