Rencana

Peniaga ‘Hidupkan’ Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan kunjungan ke kawasan gerai-gerai yang ada di sekitar Prseint 9.

Dalam kesempatan tersebut, beliau telah mengadakan pertemuan secara langsung dan para peniaga dan melihat sendiri operasi perniagaan kecil-kecilan yang berlangsung di sekitar kawasan tersebut.

Katanya, para peniaga adalah antara pihak yang bertanggungjawab dalam ‘menghidupkan’ kawasan setempat dengan terus dikunjungi oleh orang ramai sama ada pengunjung dari luar atau masyarakat setempat.

“Saya berharap para peniaga akan terus menjadikan kawasn ini sebagai tempat usahawan mereka,” katanya.