Terima Kasih PM Untuk Bajet 2012
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Pembentangan Bajet 2012 telah pun selamat disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu. Selaras dengan itu, seluruh rakyat Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih atas khabar gembira dan amat menghargai pelbagai imbuhan yang diberikan oleh kerajaan bukan saja untuk kakitangan awam tetapi juga masyarakat umum khususnya.
Sesungguhnya belanjawan tersebut adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat maka tentunya dalam masa yang sama, penjawat awam akan meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa.
Keyakinan untuk kelestarian masyarakat akan dapat terus dikecapi dengan memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan.
Apa yang pasti, belanjawan kali ini juga benar-benar meliputi keperluan rakyat terutama dalam menangani kos kehidupan yang semakin meningkat.
Terima kasih.