Rencana

Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA – Perkembangan dan kejayaan masa hadapan bermula dengan pertumbuhan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dilakukan supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil.

Atas objektif tersebut, Majlis Konvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Putrajaya telah diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang mengikuti kelas terbabit sepanjang tahun 2011.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Jabatan Perdana Menteri Parcel B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan pada 23 Oktober 2011telah diserikan dengan persembahan pelbagai acara warna-warni melibatkan kanak-kanak Tabika/Taska terbabit selain penyampaian sijil kepada mereka.

Keceriaan kanak-kanak terbabit tergambar dengan kemeriahan majlis dan kehadiran para ibu bapa yang mengiringi mereka.