Rencana

Walimatul Urus Keluarga Alias Taib

 

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa menghadiri undangan perkahwinan anak kepada pengundi kawasan Putrajaya iaitu Saudara Alias Taib.

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah diadakan pada 23 Oktober 2011 di Dewan Melati Perbadanan Putrajaya.

Kesempatan turun padang meraikan majlis walimatul urus tersebut digunakan sebagai alternatif memenuhi undangan selain dapat bertemu dengan masyarakat tempatan dalam suasana santai.