Berita

Majlis Graduasi Semarakkan Semangat Pelajar Untuk Hadapi SPM

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan Lima kepada para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya.

Dalam kesempatan tersebut beliau turut menasihatkan para pelajar berkaitan pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan yang tentunya akan menjadi landasan dalam kehidupan.

“Ilmu pengetahuan amat penting dan sentiasalah berkongsi ilmu dengan orang lain menerusi komunikasi dan perbualan harian. Perkongsian ilmu sangat penting kerana komunikasi yang berkesan adalah kunci kepada kejayaan,” katanya.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana meriah bertempat di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 16(1) pada 9 Nov 2011(Rabu).