Rencana

Majlis Penyampaian Alat Tulis

PUTRAJAYA – Tarikh 14 November ini para pelajar tingkatan lima akan berdepan dengan peperiksaan penting iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang secara tidak langsung akan menjadi penentu kepada masa depan mereka.

Sehubungan itu, anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk bersama-sama para pelajar terbabit dalam memberikan kata-kata perangsang agar mereka berkeyakinan dan sentiasa bersedia berdepan dengan peperiksaan.

Majlis Penyampaian Alat Tulis tersebut telah berlangsung di Sek Men Keb Presint 9 (2) pada 9 Nov 2011 dengan dirasmikan oleh Datuk Hj Nordin Hassan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.