BeritaRencana

Klinik Kesihatan dan Pusat Komuniti Kesihatan Mental Hospital Putrajaya Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan bahawa Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan bukan sekadar slogan apabila keselesaan dan kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama.

Atas keprihatinan terhadap keperluan rakyat, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merialisasikan kewujudan Klinik Kesihatan dan Pusat Komuniti Kesihatan Mental Hospital Putrajaya.

Majlis perasmiannya telah berlangsung pada 17 November, di Blok B, Apartment Zon 6B, Presint 11 dengan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Liow Tiong Lai.