Berita

Bantuan Khas Awal Persekolahan Manifestasi BN Membela Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor menyempurnakan Majlis Pelancaran Bantuan Khas Awal Persekolahan Kepada Murid Tahun 2012 sebagai satu manifestasi daripada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 lalu.

Beliau telah menyampaikan bantuan tersebut dalam majlis yang diadakan pada 16 November 2011 di Dewan Kejiranan Presint 11.

Ujarnya, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana lazimnya ibu mereka ini akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada penghujung tahun.

Dalam pembentangan Bajet 2012, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.