Berita

Back To School 2012 Ceriakan Pelajar Putrajaya

PUTRAJAYA – Seramai 145 pelajar dari bahagian Putrajaya telah menerima bantuan melalui Program Bantuan Peralatan Persekolahan menjelangnya sesi persekolahan yang akan bermula awal tahun 2012 yang terdiri dikalangan pendapan rendah, ibu tunggal dan bilangan anak ramai.

Melalui program tersebut, keseluruhannya seramai 2,100 pelajar dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dipilih untuk menerima bantuan berupa RM100 tunai, beg, buku latihan, buku nota serta baucer pakaian sekolah dan kasut bernilai RM150 setiap orang.

Raja Nong Chik berkata, program bantuan kelengkapan sekolah secara tahunan itu bermatlamat membantu meringankan beban golongan miskin dalam menyediakan keperluan anak mereka. Beliau berkata, peruntukan bantuan juga itu sudah dinaikkan dari RM500,000 pada tahun lalu kepada RM1 juta bagi membantu 4,000 pelajar miskin di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kita juga sedang berusaha meningkatkan jumlah peruntukan untuk menjayakan pelbagai program kebajikan dan bantuan pendidikan kepada golongan kurang mampu pada masa depan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Idris Mohd Isa.

Program tersebut berlangsung dengan lancar  di Stadium Badminton Cheras.