Rencana

Jom Mesra Masyarakat Akrabkan Hubungan Penduduk Setempat

PUTRAJAYA – Program setempat yang membabitkan semua lapisan masyarakat adalah antara tujuan utama ‘Jom Mesra Masyarakat’ Penduduk Fasa 8 dengan komuniti 1Malaysia.

Melalui program ini penduduk sekitar telah disajikan dengan pelbagai aktiviti yang tentunya memberi manfaat bersama dalam komuniti kejiranan berlandaskan konsep kebersamaan misalnya senamrobik, sukaneka, gerai jualan, ping-pong, catur dan congkak selain acara hiburan dan majlis makan malam.

Majlis anjuran Kawasan Rukun Tetangga 8B (KRT) dan Persatuan Penduduk Blok 8A dengan kerjasama UMNO Cawangan Bunga Santalia telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Disember lalu di pekarangan Kuarters Fasa 8A bermula 7.00 pagi sehingga 11.30 malam.