Rencana

Majlis Makan Malam Anekawarna

PUTRAJAYA – Bersempena sesi persekolahan dan menjelangnya tahun baru 2012, satu majlis telah diadakan bagi memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak ibu tunggal dan juga anugerah pelajaran cemerlang kepada para pelajar lulusan SPM 2010 dan pelajar-pelajar cemerlang PMR dan SPM 2011 melalui Majlis Makan Malam Anekawarna.

Majlis tersebut telah berlangsung pada 31 Disember lalu bertempat di Dataran Fasa 4B, Presint 8 dengan kehadiran semua warga Blok C, kawasan terbabit.

Antara program yang diadakan pada malam tersebut ialah persembahan tradisional, acara cabutan nombor bertuah dan juga pertandingan karaoke.