Ucapan

Pengajaran Politik Di Afrika Selatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1Malaysia

Baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi Afrika Selatan dengan mengetuai delegasi UMNO seramai sembilan orang sempena  African National Congress (ANC) ke 100 tahun, yang berlangsung pada 8 Januari dengan keraian dihadapan lebih 100,000 anggotanya.

Afrika Selatan hakikatnya masih baru sebagai sebuah negara ‘merdeka’ jika dibandingkan dengan usia ANC yang mencapai 100 tahun. Kalau dikatakan mengecap kemerdekaan, ulang tahunnya pun baru mencapai 19 tahun sejak pilihan raya pertama selepas era aparteid pada 1994.

Dari satu sisi, ANC ini mempunyai banyak persamaan dengan UMNO yang teguh berdiri sebagai satu parti perjuangan sebagaimana UMNO yang ditubuhkan demi mengusir penjajah dan memastikan agenda agama, bangsa dan negara terus didaulatkan; begitu juga ANC yang melalui perjuangan bagi membebaskan Afrika Selatan dari kekejaman rejim Apartheid.

Sebagaimana sambutan ulang tahun ke-100 ANC di Stadium Ragbi Mangaung, Bloemfontien, Presidennya Jacob Zuma dapat diterjemahkan dalam skop perjuangan dan gerak kerja UMNO, apatah lagi  Afrika Selatan juga akan menghadapi pilihan raya umum, selewat-lewatnya 2013.

Sesungguhnya banyak pengajaran boleh diimplimentasikan sebagaimana UMNO dijemput bagi menghadiri ulang tahunnya maka yang pasti, perjuangan masa lalu adalah laluan berharga namun apa yang lebih penting adalah pengisian dalam kemerdekaan iaitu dengan kemajuan, keamanan, kesejahteraan dan jaminan masa depan yang cemerlang.

Biar pun usia ANC 100 tahun tapi itu bukan jaminan untuk kemenangan sebagaimana usia UMNO yang menjengah 65 tahun, maka ia harus dipastikan bahawa kejayaan dalam negara dengan kemenangan pilihan raya dan usia parti terus dipanjangkan berdasarkan sokongan berterusan anak bangsa.

 

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

11 Januari 2012