Berita

Penubuhan Cawangan Baru Putrajaya

PUTRAJAYA – Terbukti UMNO sentiasa menjadi pilihan rakyat dalam memastikan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan negara dapat dilunaskan melalui penubuhan baru Cawangan Bunga Sakura.

Majlis penubuhna cawangan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad bertempat di Rumah Komuniti Blok B-T02-U06 Presint 14 Putrajaya, pada 4 Januari lalu.

Turut hadir ialah AJK Bahagian yang dilantik serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Saadiah Bakar sebagai tanda sokongan kepada cawangan tersebut.

Majlis ini dipengerusikan oleh Amran selaku Timbalan Ketua Cawangan Bunga Sakura dengan Wan Anuar Wan Ayob sebagai Ketua Cawangan tersebut.