Malam Mesra Eratkan Hubungan Anggota Kelab Tasik Putrajaya
PUTRAJAYA – Kelab Tasik Putrajaya telah mengadakan Majlis Makan Malam Mesra melibatkan anggota Kelab terbabit sebagai agenda terbaru dalam membuka lembaran tahun 2012 selain dapat mengeratkan hubungan di kalangan ahli-ahlinya.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman bertempat di kelab tersebut pada 14 Januari lalu.
Kelab Tasik Putrajaya yang terletak di Presint 8, telah memulakan operasinya pada 1 Jun Tahun 2002 dengan keahlian terbuka kepada semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas, yang tinggal di Putrajaya atau pun sekitar 100 km di sekeliling kawasan tersebut.
Ahli-ahli kelab ini berpeluang menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan di termasuk menggunakan kolam renang, penggunaan dewan makan ekslusif untuk ahli, menyewa bot dan ‘gymnasium berkayuh’.