Rencana

Jadikan Gotong-Royong Amalan Bersama

PUTRAJAYA – Sejak dari dulu lagi, masyarakat Malaysia terkenal dengan amalan gotong-royong yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup atau resam bersama apatah lagi ia dapat merapatkan persefahaman dalam masyarakat dan mampu membentuk warga secara kolektif yang kondusif.

Lantaran itu, penduduk cawangan Bunga Dahlia telah mengadakan gotong-royong di Dataran Blok D, Presint 8 yang dihadiri oleh anggotanya bersama-sama dengan penduduk setempat.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” maka para penduduk setempat dan anggota cawangan bersama-sama berganding bahu memastikan persekitaran terus dilestarikan.