Rencana

Masalah Rakyat Jadi Agenda Utama

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dengan mendekati mereka dalam pelbagai cara khususnya mendengar permasalahan daripada para wakil penduduk setempat serta membincangkan hal ehwal semasa agar dapat ditangani untuk keselesaan dan kesejahteraan semua.

Selesai sahaja menghadiri Majlis Perasmian Aman Kampus pada 6 Februari lalu, beliau telah bersama-sama para wakil penduduk secara bersantai mengadakan pertemuan di Presint 9 bagi memastikan warga tempatan mendapat pembelaan.

Katanya, beliau tidak mahu ada mana-mana individu atau keluarga yang ada di kawasan tersebut keciciran dan tenggelam akibat kepesatan dan permodenan yang ada di Putrajaya sehinggakan gagal enggan menyuarakan permasalahan yang timbul.

Justeru, wakil penduduk menjadi mata dan suara kepada pemimpin masyarakat termaasuklah beliau selaku Ketua UMNO Bahagian dan juga Ahli Parlimen untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat.