Rencana

Prihatin Permasalahan Rakyat

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah meluangkan masa melawat salah seorang pesakit kronik tempatan yang menghadapi masalah saraf dan kanser.

Dalam kunjungan ke rumahnya yang terletak di Blok B, Fasa 6 Presint 9, beliau melahirkan rasa simpati atas permasalahan yang dihadapi sehinggakan membataskan pergerakan ekoran masalah kesihatan yang dihadapi.