Berita

Keselesaan Rakyat Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor memohon supaya aduan yang disuarakan penjawat awam gred 54 ke bawah itu diberi perhatian khususnya berkaitan masalah ketiadaan tempat letak kereta di kalangan penjawat awam gred 54 ke bawah di kompleks kerajaan di sini.

Katanya, kebanyakan penjawat awam menggunakan kereta berbanding pengangkutan awam ke pejabat tetapi berdepan masalah ekoran kekurangan tempat letak kereta di kompleks-kompleks kerajaan tetapi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah memaklumkan bahawa permasalahan tersebut akan dibawa ke mesyuarat kabinet bagi mencari jalan penyelesaian.

“Permasalahan rakyat dalam pelbagai peringkat sentiasa didengar selaras dengan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas program tinjauan mesra dan majlis Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8, hari ini (26 Februari).

Turut hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.