Berita

BR1M Untuk Ringankan Beban Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan Majlis Penyampaian Pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Putrajaya untuk kali Ke-2 yang diadakan pada 11 Mac lalu di Dewan Badminton, Pusat Kejiranan Presint 11 Putrajaya.

Seramai 1,565 orang telah menerima BR1M yang diberikan kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah tanpa mengira lapisan masyarakat dan latar belakang mereka.

“Kerajaan tak pernah lihat latar belakang politik mana-mana individu untuk menghulurkan bantuan apatah lagi untuk memperlekeh idealogi yang dipegang oleh mana-mana kumpulan sebaliknya selagi mereka bernama rakyat
Malaysia maka bantuan akan tetap diberikan, ” katanya.

BR1M yang telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir tahun lalu diharap akan dapat meringankan beban rakyat seharian.