Rencana

MPKB Sedekad di Putrajaya

PUTRAJAYA – Hari Keluarga Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Wilayah Persekutuan Putrajaya berlangsung meriah dengan kehadiran semua warga penduduk Fasa 1 dan 2 di bawah MPKB Sub Zon D.

Program tersebut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan futsal, pertandingan mewarna, gubahan tuala dan juga pameran yang melibatkan Agensi Akta Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM), Bomba dan penyelamat serta cabutan bertuah.

Program mesra bersama penduduk tersebut diadakan memperkenalkan MPKB bersempena dengan sedekad di Putrajaya dengan kehadiran Ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan juga Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Acara yang berlangsung meriah ini telah diadakan dengan jayanya di kawasan lapang berhampiran gelanggang futsal di Jalan P9G, Presint 9.