Rencana

Walimatulurus Keluarga Tuan Hj Mohd Yunus

PUTRAJAYA – Dalam kesibukan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor melaksanakan tanggungjawab seharian dan berkhidmat kepada rakyat beliau masih berkesempatan menghadiri undangan majlis perkahwinan anak kepada ahli UMNO tempatan iaitu Tuan Hj Mohd Yunus.

Majlis tersebut telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya pada 25 Mac lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.