Berita

Van Skuad Sayang Untuk Dekati Rakyat

 

PUTRAJAYA – Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya telah menerima van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh anggotanya dalam memberi perkhidmatan terbaik dan turun padang kepada rakyat di sekitar kawasan Parlimen terbabit.

Penyerahan van tersebut telah disampaikan oleh isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki kepada ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya, Saadiah Bakar dalam majlis Penyerahannya dan Program Kacau Wajik anjuran Wanita UMNO pada 25 Mac lalu.

“Kita harap ia akan memudahkan tugas Skuad Sayang untuk terus mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan,” katanya.

Turut sama menyaksikan penyerahan tersebut ialah Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen dan juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.