Ucapan

Sematkan ‘Mood’ Menang PRU-13 Dalam Persidangan Cawangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana parti yang kita dukung terus terpasak kukuh dan bersama dalam kesinambungan kesejahteraan negara dengan kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti melalui persidangan cawangan yang akan berlangsung pada tarikh ditetapkan.

Saya berharap semua anggota parti di akar umbi akan menerapkan ‘mood’ pilihan raya dalam setiap persidangan tahunan cawangan yang akan bermula pada 1 April hingga 15 Jun ini.

Diharap cawangan-cawangan akan bersidang mengikut kehendak Perlembagaan parti dan sebagaimana yang digariskan dalam Akta Pertubuhan di samping menggunakan persidangan tersebut untuk menyemak ahli-ahli yang menjadi pengundi di kawasan masing-masing.

Hayatilah perjuangan UMNO kerana tiada parti yang boleh melaksanakan tanggungjawab sebagaimana UMNO menjadi tunjang dalam pentadbiran negara.

Selamat bersidang!

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
30 Mac 2012