Berita

Persidangan Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Temerloh

PUTRAJAYA – Kesibukan Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Setiausaha Agung UMNO tidak menghalang beliau untuk meluangkan masa merasmikan Persidangan Kelompok Cawangan –Cawangan UMNO Bahagian Temerloh pada 3 April lalu.

Pada majlis perasmian tersebut, beliau mengingatkan anggota parti agar dapat memperteguh UMNO khususnya melalui persidangan dengan mengeratkan ukhwah sesama anggota tanpa ada perbalahan dan irihati.

“Kita perlu sentiasa ingat bahawa musuh sebenar kita adalah pakatan pembangkang, justeru janganlah kita bermusuh dan bercakaran sesama sendiri,” katanya.