Rencana

Meriahkan Majlis Perkahwinan Keluarga Helmin Saad

PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen merangkap ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan anak perempuan penduduk tempatan Helmin Saad, di sini, (14 April).

Dalam majlis tersebut beliau turut beramah mesra dengan ahli keluarga dan sanak saudara pasangan pengantin selain berpeluang bertemu dengan masyarakat tempatan yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Kesempatan ini turut diabadikan oleh pasangan pengantin untuk bergambar sebagai kenang-kenangan bersama pemimpin masyarakat.