Netbook 1Malaysia Permudahkan Pelajar
PUTRAJAYA – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen tempatan telah menyampaikan pemberian komputer 1Malaysia kepada 980 orang para pelajar di sekitar kawasan terbabit dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Presint 16, hari ini (15 April).
Katanya, sumbangan komputer tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin terhadap keperluan para pelajar dalam menuntut ilmu.
“Kerajaan sedar akan kepentingan teknologi maklumat yang kini berada hanya di hujung jari, justeru pemberian netbook 1Malaysia ini adalah bagi meudahkan para pelajar mengakses ilmu pengetahuan dari serata ceruk rantau untuk diaplikasikan dalam pembelajaran seharian.”
Jelasnya lagi, golongan ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dengan memantau penggunaan komputer 1Malaysia agar anak-anak tidak menyalahgunakan teknologi maklumat yang ada.