Berita

Pemimpin Bertanggungjawab Selami Masalah Rakyat

PUTRAJAYA – Keprihatinan seorang pemimpin akan mampu memberi kekuatan kepada anggota masyarakatnya untuk berdepan dengan pelbagai dugaan termasuklah menyelami penderitaan anak yang sakit terlantar sebagaimana dirasai oleh Saudara Zawawi dan isterinya di Fasa 4C, Presint 8.

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah mengunjungi pasangan suami isteri terbabit bagi melihat sendiri keadaan kesihatan yang dialami oleh anaknya.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan khusus iaitu katil khas kepada kanak-kanak terbabit bagi memudahkan pergerakannya.

Dalam kunjungan tersebut, beliau berkata peranan ibu bapa adalah amat penting kerana mereka bertanggungjawab di atas penjagaan serta mempunyai kepentingan terhadap kesejahteraan anak-anak mereka tidak kira dalam apa jua keadaan.