Aktiviti & Komuniti

Program Santai-Santai Wanita Iktiraf Peranan Majukan Negara

PUTRAJAYA – Peranan wanita dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tidak boleh diperkecil kerana mereka ini sama-sama menyumbang tenaga dan idea demi kelestarian bersama sebagaimana diakui sendiri oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang program santai-santai anjuran Wanita UMNO Cawangan Bunga Tulip yang diadakan di Surau Putra Al-Amin, Fasa 4C, Presint 8, hari ini (15 April).

Antara acara yang diadakan dalam program tersebut ialah permainan congkak, permainan batu seremban dan pertandingan gubahan tuala dengan turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Saadiah Bakar.