Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bunga Kaktus
PUTRAJAYA – UMNO Cawangan Bunga Kaktus telah mengadakan persidangan cawangannya selaras dengan kehendak Perlembagaan Parti bertempat di Dewan Komuniti Putra Court 4 Blok 4F Presint 9, pada 27 April 2012 lalu.
Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli parti diingatkan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO sebagai sebuah parti yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara selain gerak kerja dan aktiviti cawangan yang perlu diselaraskan.