Aktiviti & Komuniti

Kunjungi Agro Bazar Untuk Produk Pertanian Terbaik

PUTRAJAYA – Agro Bazar kembali lagi menawarkan pelbagai produk pertanian pada harga yang berpatutan di Taman Warisan Pertanian Pertanian, Presint 16, Putrajaya yang bertepatan dengan objektifnya untuk menjadi medan informasi dan memperkenalkan pertanian kepada para pengunjung.

Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah berkesempatan mengunjungi Agro Bazar yang menyajikan kepelbagaian jualan produk-produk pertanian dan tradisional kepada semua lapisan masyarakat.

“Saya menyeru semua penduduk tempatan dan kawasan berhampiran Putrajaya untu datang dan bersama-sama memeriahkan Agri Bazar ini kerana pelbagai buah-buahan segar, produk pertanian seperti anak-anak pokok buah-buahan, herba dan anak benih dapat menjadi pilihan,” katanya.

Antara produk yang turut dijual adalah produk rempah, aromaterapi, produk kesihatan, kudapan, baja, jus buah-buahan serta produk seni, kraf dan tradisional.

Agro Bazar adalah program bulanan pada minggu terakhir setiap bulan yang memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha produk pertanian tempatan menjual serta mempromosi produk mereka bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.