Kakitangan Dihargai Sempena Hari Pekerja
PUTRAJAYA – Sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya telah meraikan para pekerja dalam majlis makan malam yang berlangsung di Dewan Sekolah Presint 16(2), di sini.
Majlis tersebut telah berlangsung meriah dengan perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Puan Saadiah Bakar dan acara pada malam tersebut telah diserikan dengan persembahan kebudayaan.