Berita

Hadiri Majlis Tahlil Sempena Ulang Tahun UMNO 66

PUTRAJAYA – Bersempena menyambut ulang tahun UMNO ke 66 pada 11 Mei ini, satu majlis tahlil diadakan di Surau Ar Rahman bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas solat Maghrib yang dipimpin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom.

Turut hadir dalam majlis tahlil tersebut ialah Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO Dato Shafie Afdal, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Setiausaha Agung UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf Jusoh, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.

Majlis tahlil yang dihadiri lebih 2,000 orang ahli UMNO dan juga masyarakat setempat itu turut menyaksikan kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad dan juga bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam.