Berita

Program Ramah Mesra dan Sukaneka Ceriakan Penduduk Tempatan

PUTRAJAYA – Bagi memastikan semangat kekeluargaan terus disemai dan semarakkan dalam masyarakat bandar hari ini, Program Ramah Mesra dan Sukaneka telah dilancarkan dengan jayanya pada Sabtu (19 Mei) yang turut diserikan dengan pelbagai acara termasuklah sukaneka.

Program tersebut telah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki yang bertempat di di perkarangan Blok 4B, Fasa 4, Presint 9.

Kejayaan progran ini secara jelas telah menterjemah apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri, bahawa amalan pendekatan yang kreatif ke arah pembentukan perpaduan dan kesejahteraan nasional bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.