Aktiviti & Komuniti

Cawangan Bunga Jenjarum Ikrar Tekad Sokongan Padu Untuk UMNO

PUTRAJAYA –  Mesyuarat tahunan UMNO Cawangan Bunga Jenjarum telah berlangsung lancar pada Jumaat lalu (18 Mei) di Blok 2D presint 9 sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan parti dan Tataetika ahli-ahli UMNO.

Ahli jawatankuasa cawangan bersama dengan anggota-anggota cawangan terbabit telah sepakat dalam mesyuarat untuk meneruskan tekad menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

 

Turut hadir Dato’ Khairudin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.