Rencana

Cerdaskan Minda Dan Fizikal Dalam Sambutan Hari Guru

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Haru Guru yang diraikan pada 16 Mei saban tahun, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya telah melaksanakan program alternatif yang berbeza iaitu Program Senamrobik Sempena Hari Guru bertempat di  Padang Pusat Kejiranan Presint 9.

 

Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan hanya dari para guru sekitar kawasan terbabit tetapi juga para penduduk yang cintakan kecergasan fizikal untuk pemantapan minda. Progran Senamrobik tersebut telah dirasmikan oleh Puan Sadiah Bakar selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.