Berita

Bukti Kesungguhan Perkukuh UMNO Dalam Pelancaran Jentera Putrajaya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah siap sedia bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli dan memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ke -13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lantaran itu, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen Putrajaya telah melancarkan jentera cawangan UMNO tersebut dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Dewan Mesyuarat UMNO Putrajaya, Presint 15, semalam (22 Mei).

Dalam ucapannya, beliau telah mengarahkan agar semua 40 ketua-ketua cawangan UMNO disekitar Putrajaya mula membuka bilik-bilik gerakan dan memastikan ia bergerak aktif bagi menghadapi pilihan raya.

“Kita mesti bersedia untuk bertempur dan mempertahankan Putrajaya dengan kemenanagan besar bersama-sama kejayaan BN di seluruh Negara,” katanya.

Tegasnya lagi, setiap bilik-bilik gerakan mestilah mempunyai petugas yang melaksakan tanggungjawab dan bergerak aktif melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

Mesyuarat tersebut berlangsung lancar dan semua ketua-ketua cawangan yang hadir menyahut seruan Ketua Bahagian dan bersedia berjuang memastikan BN terus menerajui Putrajaya.