Rencana

Pemuda UMNO Putrajaya Giat Aktif Gempur Minda Rakyat

PUTRAJAYA – Atas tekad untuk mamastikan rakyat khususnya masyarakat Putrajaya mendapat info dan berita yang benar tanpa ada sebarang manipulasi dari pembangkang, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah bergerak aktif dengan mengedarkan risalah yang mengandungi fakta sebenar kepada orang ramai.

 

Program yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Putrajaya merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia Saudara Hishamudin Yahaya telah mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai khususnya yang menikmati sarapan pagi di Medan Selera Presint 9, pada Ahad (20 Mei 2012) lalu.

 

Program tersebut adalah antara gerak kerja berterusan Pemuda UMNO Putrajaya bagi memastikan laporan dan berita palsu tidak meresap dalam minda khalayak.