Berita

Himpunan Jutaan Belia Dapat Sambutan

PUTRAJAYA – Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia yang bermula 23 Mei mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Hari pertama himpunan yang menyasarkan kehadiran dua juta belia itu diisi dengan pelbagai acara, termasuk perlepasan lebih 100 kereta mewah dan 50 motosikal berkuasa tinggi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dijangkakan lebih ramai pengunjung akan hadir sepanjang 5 hari program himpunan sejuta belia yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu.

Untuk rekod, lebih 500 acara dalam 35 segmen diadakan sepanjang sambutan sempena Hari Belia Nasional itu berlangsung dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk pengangkutan awam percuma yang membawa pengunjung ke seluruh lokasi program.