Rencana

Raikan Persandingan Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Musim persekolahan diisi dengan kemeriahan majlis perkahwinan yang diadakan oleh masyarakat tempatan bagi mengumpulkan sanak-saudara yang jauh dan dekat untuk bersama-sama meraikan mempelai.

Dalam majlis perkahwinan anak Tuan Haji Yusof dan Puan Hajah Hasinah serta anak Glilam Sarve dan Puan Hamidah, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkesempatan bersama-sama memeriahkan majlis tersebut yang diadakan pada 2 Jun 2012, Sabtu.

Dalam majlis tersebut juga, beliau telah beramah mesra dengan penduduk tempatan yang turut hadir dalam walimatul urus berkenaan.