Rencana

Pemimpin Bersama Rakyat Meriahkan Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Kesibukan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tidak menghalang beliau untuk bersama-sama masyarakat Putrajaya memeriahkan majlis perkahwinan penduduk di kawasan terbabit.

Justeru, beliau telah menghadiri majlis perkahwinan anak warga Putrajaya iaitu anak En Khairi dan Puan Zamnah.

Beliau mendoakan agar perkahwinan pasangan mempelai ini akan sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.