Aktiviti & Komuniti

Perjuangan UMNO Bersemarak di Cawangan Bunga Selasih

PUTRAJAYA – Sokongan rakyat terhadap UMNO terus bersemarak sebagaimana penubuhan cawangan baru di UMNO Bahagian Putrajaya melibatkan cawangan Bunga Selasih yang berlangsung dengan jayanya pada 7 Jun 2012 (Khamis) di Dewan Serbaguna Fasa 10, Presint 9.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Nordin Hassan selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dengan kehadiran ahlijawatankuasa cawangan terbabit dan masyarakat setempat yang sentiasa memberikan sokongan padu pada perjuangan UMNO.