Berita

Agenda Pengisian Juara Rakyat Untuk Masyarakat

PUTRAJAYA – Pengisian Program Juara Rakyat yang dilancarkan hari ini oleh Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor adalah tidak terhad kepada usaha membantu orang Melayu sahaja sebaliknya ia meliputi semua kaum yang ada.

Katanya, rakyat harus bersyukur kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan keselesaan rakyat termasuklah membangunkan bandar terancang sebagaimana Putrajaya yang menjadi lokasi pentadbiran kerajaan.

“Inisiatif Program Juara Rakyat dirangka dengan semangat memperjuangkan nasib rakyat dengan pengisisn program=program kemasyarakatan yang dapat membantu mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam negara,” katanya yang turut menekankan pemanahan Gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam pelancaran Program Juara Rakyat di Padang Awam Presint 14 yang menjadi lokasi program Juara Rakyat diadakan hari ini, Sabtu (16 Jun 2012).

Program Juara Rakyat ini diisi dengan pelbagai acara termasuklah sukaneka melibatkan kanak-kanak dan dewasa, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.