Aktiviti & Komuniti

Cawangan Bunga Matahari Sedia Hadapi PRU

PUTRAJAYA – Mesyuarat UMNO Cawangan Bunga Matahari yang berlangsung pada 15 Jun 2012 (Jumaat), bertempat di Rumah Komuniti, Cawangan Bunga Matahari, Presint 9 telah menyemai tekad dan menyemarakkan semangat perjuangan untuk bersama-sama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Mesyuarat tersebut berlangsung lancer mengikut peraturan persidangan yang telah digariskan dengan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Cawangannya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.