Berita

Putrajaya Beri Sokongan Program Alam Sekitar Komuniti Toyota Eco Youth

PUTRAJAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18 (1) telah dipilih mewakili Putrajaya dalam program Toyota Eco Youth (TEY) 2012 anjuran UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota).

Majlis pelancaran Program Alam Sekitar Komuniti TEY telah berlangsung dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Khairudin Samad mewakili Ahli Parlimen tempatan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam majlis pelancaran Program Alam Sekitar Komuniti TEY telah diumumkan berkaitan pertandingan tersebut yang merupakan kerjasama bersama Kementerian Pelajaran dengan melibatkan 16 sekolah seluruh negara.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengetua SMK Putrajaya Presint 18 (1), Zahrah Baharan yang menjelaskan bahawa, lapan pelajar akan mewakili sekolah itu dalam pertandingan tersebut.

Para pelajar tersebut akan menyelesaikan masalah persekitaran di komuniti tempat tinggal pelajar dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah dan memilih projek berkaitan dengan pengumpulan sisa minyak masak.